Cara Buat Hormon Penggalak Akar Semulajadi Nak Pokok Cepat Tumbuh Dan Berbuah Cepat
Dalam dunia pertanian, selain baja, racun dan tanah yang sesuai, penggunaan hormon perangsang tumbuhan juga amat diperlukan oleh tanaman. Biasanya setiap tanaman ni mempunyai pertumbuhan yang berbeza-beza, jadi kita perlukan hormon tambahan supaya pokok cepat tumbuh dan menghasilkan buah yang cepat.
Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana cara membuat hormon penggalak akar semulajadi supaya pokok cepat berakar dan tumbuh dengan pantas, jadi jika anda mempunyai pokok yang sudah lama ditanam tapi "mati segan, hidup tak mau" bolehlah cuba kaedah ini.
Mari saya tunjukkan cara-cara membuat hormon penggalak akar semulajadi, tak perlu beli hormon penggalak di kedai, buat sendiri je, jimat dan mudah kan...
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bawang merah
2. Blender
3. Penyaring
4. Bekas Botol Meneral
5. Besen
6. Corong/funnel
7. Pisau
8. Air
9. Sudu
Cara-cara buat Hormon Perangsang Tumbuh akar dari Bawang Merah
1. Kupas bawang merah
2. Blender bawang sampai halus + air dengan sukatan 10ml
3. Selepas blend, masukkan ke dalam besen yang mempunyai air 1 liter
4. Adunkan hingga rata
5. Saring air bawang yang telah di blend tadi untuk mendapatkan ekstrak bawang
6. Simpan dalam bekas meneral water, sedia untuk digunakan bila-bila masa
Cara guna:
Cantas batang pokok yang mahu di tanam, contohnya bunga kertas, pokok Tin/Figs dan sebagainya, campurkan 200ml hormon perangsang akar bawang merah dengan 1 liter air dalam satu bekas dan adunkan, rendam batang selama 3 jam dan tanam di pasu atau polybag sehingga berakar.
Kredit; Youtube Reza Pahlawan
Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu di tanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.
Selamat mencuba! semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca blog pertanian satu perniagaan.
Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi tips menarik dan follow fb saya Donny Bin Ien supaya tidak terlepas sebarang info bermanfaat.
Cara Buat Hormon Penggalak Akar Semulajadi Nak Pokok Cepat Tumbuh Dan Berbuah Cepat
Reviewed by Donny Ien
on
11:01
Rating:
No comments