Cara Menge'TUT' Pokok Betik Supaya Berbuah Cepat Dan Super Rendah, Senang Nak Petik Buahnya

Shallom! artikel malam ni saya kongsikan cara menge'tut' pokok betik supaya berbuah rendah, tak perlu mau panjat, anak saya yang 3 tahun pun boleh memetiknya. Caranya amat mudah, korang boleh buat sendiri.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Cocopet atau sabut kelapa hancur (basahkan hingga lembab)
2. Plastik bag
3. Tali rafia
4. Pencungkil gigi




 Cara-caranya:

1. Pilih pokok atau dahan betik yang hendak di 'TUT' dan potong semua batang daun, tinggalkan tunas atas


2. Potong separuh dari bawah batang pokok betik seperti gambar dibawah (45 darjah sudut)


3. Ambil pencungkil gigi dan gepit pada bahagian yang di potong tadi dan tutup dengan cocopet yang sudah dibasahkan dalam bekas plastik yang telah di belah


4. Ikat dengan tali rafia hingga ketat. Pastikan di tutup sepenuhnya dengan plastik supaya cocopet tidak jatuh


5.Tunggu sehingga 30 hari

6. Selepas 30 hari inilah hasilnya, akar sudah mula tumbuh di bahagiab yang di potong tadi, pindahkan ke pasu


7. Inilah hasilnya selepas beberapa bulan, pokok betik yang telah di 'TUT' tadi berbuah rendah dan mudah untuk memetik buahnya. Best kan? 


Tonton video di bawah dengan lebih jelas



Kredit: Homemade Argiculture

Selamat mencuba!

Jangan lupa like page Pertanian satu perniagaan dan follow facebook saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik. Jumpa lagi pada artikel seterusnya. Siodop okuno...


Cara Menge'TUT' Pokok Betik Supaya Berbuah Cepat Dan Super Rendah, Senang Nak Petik Buahnya Cara Menge'TUT' Pokok Betik Supaya Berbuah Cepat Dan Super Rendah, Senang Nak Petik Buahnya Reviewed by Donny Ien on 21:55 Rating: 5

No comments