Cara Tanam Pisang Terbalik Supaya Berbuah Rendah Dan Lebat
Pisang adalah tanaman yang senang ditanam dan cepat membesar, hasilnya boleh dituai seawal 1 tahun dan antara buah-buahan kegemaran saya. Kalau pergi tamu Kota Belud setiap ahad, tidak sah kalau tidak beli buah-buahan terutama pisang emas dan berangan. Anak-anak saya pun suka sangat makan.
Pada artikel pagi ahad ni saya kongsikan cara tanam bibit pisang secara terbalik agar berbuah rendah. Bunyinya agak pelik tapi sudah ada yang pernah menanam secara terbalik dan hasilnya pokok pisang berbuah lebih rendah dari biasa. Sayas sendiri sudah mencubanya dan sedang menunggu result. Nanti saya akan share pada artikel akan datang.
Cara tanam pisang terbalik supaya berbuah rendah:
1. Potong batang anak bibit pisang lebih kurang 1 kaki seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh tanam apa-apa jenis pisang asalkan bibitnya sihat dan tidak rosak
2. Korek lubang sedalam 1.5 kaki, gemburkan tanah agar akar cepat tumbuh dan letaklah apa-apa baja subur di dalam tanah agar pokok tumbuh dengan subur.
3. Tanam bibit pisang secara terbalik hingga tenggelam seperti dalam gambar dibawah
4. Selepas tanam dan timbun dengan tanah hingga rata. Kemudian ambil daun kering letak diatas bibit yang ditanam tadi untuk lembabkan tanah supaya tidak cepat kering dek cuaca panas sekarang ni. Pastikan siram dengan air setiap hari agar bibit pisang cepat keluarkan tunas baru dan tumbuh dengan berjaya
.
5. Selepas beberapa bulan anak pokok baru sudah tumbuh, jika di siram dan baja yang teratur, pokok pisang akan tumbuh dan berbuah lebih cepat berbanding dari tanam - tinggal -tuai.
6. Selepas hampir setahun, pokok pisang sudah menghasilkan buah yang agak rendah dan senang untuk kita kutip hasilnya.
Selamat mencuba. Kredit gambar: Google dan facebook
Cara Tanam Pisang Terbalik Supaya Berbuah Rendah Dan Lebat
Reviewed by Donny Ien
on
08:33
Rating:
No comments