Cara Membuat Bawang Goreng Homemade Yang Lebih Rangup, Wangi Dan Sedap!
Bawang goreng yang di buat sendiri lebih sedap berbanding yang kita beli kat kedai, malahan lebih bersih, terjamin, wangi dan rangup!
Anda boleh hasilkan bawang goreng sendiri lepas ni, tak perlu beli kat kedai, ikut je panduan yang dikongsikan oleh Puan Shida ni. Memang cukup mudah siapa pun boleh buat. Boleh dijadikan sebagai penghias hampir semua makanan dan sup.
BERIKUT CARA MEMBUAT BAWANG GORENG YANG LEBIH RANGUP & WANGI
1. Kupas
Mula-mula kupas kulit bawang putih dan bawang merah hingga bersih.
2. Hiris
Lepas kupas, hiriskan nipis-nipis macam dalam gambar di bawah ini.
3. Gaul Dengan Garam
Lepas hiris, kita gaulkan dengan 1 sudu teh garam.
4. Masukkan Tepung Beras
Kemudian kita masukkan pula 2-3 sudu tepung beras.
Gaulkan hingga merata ke semua bahagian bawang yang telah dihiris tadi seperti gambar di bawah
5. Goreng
Goreng bawang yang digaul dengan tepung beras tadi, pastikan lebih minyak supaya dapat menutupi semua bawang yang nak digoreng nanti. Tunggu minyak panas dan lepas itu, kita bolehlah gorengkan macam biasa.
Guna api sederhana saja jangan terlalu panas supaya bawang goreng betul-betul masak dengan rangup dan yang penting, tak cepat hangus.
Tunggu hingga garing dan nampak perang keemasan macam dalam gambar di bawah ni.
6. Angkat & Tos
Bila sudah nampak masak macam ni, bolehlah diangkat dan ditoskan untuk dibuang minyak yang berlebihan.
7. Sejukkan & Simpan
Langkah terakhir, masukkan bawang goreng ke dalam bekas kedap udara. Jangan tutupkan bekas masa masih panas-panas ya, tunggu sejuk dulu baru simpan supaya tidak rosak.
SIAP, DAH BOLEH JEMPUT MAKAN!
Beginilah hasil bawang goreng yang dah siap dimasak tadi. Cukup mudah dan menyelerakan. Dah bolehlah dimakan dengan makanan kegemaran anda. Tak payah ke kedai nak membelinya lagi.Jimat dan Dijamin halal!
Mudah sungguh kan cara membuatnya? Kos nak membuatnya pun tersangatlah murah dan jimat. Jadi, bolehlah korang cuba buat sendiri saja nanti ya.
*Petua membuat bawang goreng homemade yang dikongsikan oleh Puan Shida ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang tips dan pertanyaan, boleh rujuk post asal dia di SINI via Siraplimau.com
Cara Membuat Bawang Goreng Homemade Yang Lebih Rangup, Wangi Dan Sedap!
Reviewed by Donny Ien
on
11:50
Rating:
No comments