Cara Tanam Bidara Kampung Dari Dahan 100% Menjadi


Shallom guys, terima kasih sudi singgah di blog pertanian satu perniagaan, kali ini saya ingin kongsikan bagaimana mau tanam pokok bidara kampung melalui dahan. tidaklah susah sangat, korang boleh cuba sendiri lepas ni.

Selain menanam Bidara kampung melalui bijinya, kita boleh menyemai melalui kaedah mencangkuk dan melalui dahan (cutting).

Mula-mula potong dahan bidara kampung yang sudah tumbuh subur, kalau belum tanam boleh beli bibit dari saya 0143016212. ramai yang tidak tahu kegunaan pokok dan daun bidara kampung ni. nantikan artikel saya seterusnya tentang manfaat bidara kapung ni. secara ringkasnya daun bidara kampung digunakan sebagai rawatan alternatif untuk menghalau jin (rawatan islam) korang boleh buat carian sendiri di google tentang kebaikan daun bidara ni.


okey, selepas memotong dahan bidara kampung tadi, sediakan botol meneral water yang di potong dua. pastikan penutup botol tidak tertanggal supaya angin tidak masuk melalui ruang diatas, ia boleh menyebabkan pokok tidak akan menjadi.


kemudian masukkan tanah hitam dicampur dengan cocopet (sabut kelapa) dan hampas padi. lembabkan tanah tadi dengan menyiram ala kadar ja, tak perlu siram hingga basah, cukup lembab sedikit... sebab ia akan menyebabkan batang bidara kampung tadi mereput.



sebelum menanam, calitkan hujung batang bidara kampung dengan bawang merah seperti dalam gambar, selain itu anda juga boleh gunakan hormon penggalak akar yang boleh di beli di kedai racun atau kedai kimia. tanam bahan bidara kampung tanpa membuka daun kerana ia amat penting untuk proses pertumbuhan semula pokok tersebut.



Guna pelekat untuk menutup botol meneral tadi agar tidak ada wap masuk kedalam. Biarkan selama 1 bulan sehingga akar keluar. Selepas itu bolehlah pindahkan ke polybag atau pasu yang lebih besar. Pokok bidara kampung boleh di tanam dalam pasu atau terus di tanah.



Pokok bidara kampung ini juga bolgh dijadikan sebagai pokok penanti untuk bidara epal. Ambil dahan bidara epal dan cantumkan pada pokok bidara kampung melalui teknik baji. nantikan artikel saya seterusnya yang menerangkan cara-cara mencantum bidara epal supaya berbuah.

Tonton video dibawah cara tanam bidara kampung melalui dahan:


Kredit: Tanamanku

Sekian dulu artikel kali ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca setia blog ini. jangan lupa like page pertanian satu pertanian dan  follow fb saya donny bin ien (rugi oo tak follow banyak tips pertanian yang saya kongsikans etiap hari)
Cara Tanam Bidara Kampung Dari Dahan 100% Menjadi Cara Tanam Bidara Kampung Dari Dahan 100% Menjadi Reviewed by Donny Ien on 08:14 Rating: 5

No comments