Rahsia Petani Thailand Pokok Berbuah Lebat Hingga Patah Guna Telur Dan Air Kelapa
Hello guys! artikel kali ini saya kongsikan cara buat hormon penggalak buah supaya pokok anda berbuah lebih cepat dan super lebat. Semoga info ini bermanfaat untuk semua pembaca blog Pertanian Satu Perniagaan. Jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien untuk dapatkan info-info pertanian.
.
.
.
Tidak dinafikan bahawa teknologi pertanian di Thailand jauh lebih maju berbanding pertanian di Malaysia, kita boleh lihat dari segi mesin dan jentera yang diorang gunakan jauh lebih canggih, malah penggunaan baja di sana juga jauh lebih hebat, masakan durian boleh berbuah sepanjang musim kann...
Ramai yang berfikir bahawa petani di Thailand banyak menggunakan baja kimia supaya tanaman subur dan berbuah lebat, tetapi sebenarnya sudah ramai petani disana beralih kepada baja organik yang di hasilkan lebih baik berbanding baja kimia.
Sebagai contoh, seorang petani Thailand melalui perkongsiannya di page Ladang Muhammad telah menghasilkan hormon penggalak buah dengan campuran air kelapa dan telur untuk menggalakkan pokok berbunga dan berbuah dengan cepat.
Korang boleh tonton video beliau di bawah
Okey, bahan-bahan yang digunakan;
2 kg telur
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara buat:
1. Kisar halus kulit telur sekali dengan isinya mengunakan pengisar kering
2. Adun kesemua bahan tadi bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan kisaran tersebut untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang dan tua pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali, kalau nak lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu
Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, hormon penggalak buah ini berperanan sebagai vitamin dan baja semulajadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia yang sememangnya tidak baik untuk alam sekitar serta kesihatan kita.
Nah, mulai sekarang, elakkan penggunaan baja kimia dan cuba buat baja penggalak buah sendiri di rumah. Saya yakin dengan penggunaan baja sendiri dapat menjamin kesihatan yang lebih bagus serta menghindari penyakit seperti kanser kesan dari penggunaan baja kimia yang tidak terkawal dan berlebihan.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.
Rahsia Petani Thailand Pokok Berbuah Lebat Hingga Patah Guna Telur Dan Air Kelapa
Reviewed by Donny Ien
on
08:11
Rating:
No comments