Mencegah Hipertensi dan Strok, Begini Cara Pilih Tembikai Yang Manis
Dua hari lepas kami singgah beli buah tembikai tepi jalan raya 500 meter dari tempat kediaman kami di Taman Rangalau Ria.
Aku: makcik bagi yg sederhana besar k
makcik: okey bosss, 8kilo ya, semua rm24 ringgit
Aku: dalam hati alamak mahalnya! terkejut beruk dgn harganya yg begitu mahal...sebab mau sangat makan, kami beli juga. budak2 aku paling suka makan buah-buahan terutama si Fabian Illoh...pantang nampak buah-buahan...
.
Harga sekilo buah tembikai makcik tu jual rm3, kalau tanam sendiri, sehari jual 10 biji pun sudah berapa. yang ada tanah sendiri, buah tembikai antara produk pertanian yang boleh buat duit poket. Kenapa tidak tanam? sekarang start musim hujan di area Kota Belud.
Okey, lupakan cerita tadi, kali ini saya mahu kongsikan manfaat dan khasiat buah tembikai serta tips memilih buah yang sedap untuk dimakan.
Kredit: Azhan co |
Menurut pakar kesihatan, tembikai amat kaya dengan vitamin A dan, asid folik, zink, magnesium dan banyak lagi jenis galian lain yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. patutlah anak saya suka sangat makan...
7 Khasiat Tembikai Yang Menyembuhkan Pelbagai Penyakit Dalam badan
1. Melawaskan buang air kecil aka air kencing
Buah tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi, ianya amat sesuai dimakan terutama mereka yang mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar. Tembikai juga mampu membantu neutralkan segala toksik dan racun dalam hati serta melancarkan sistem dalam ginjal.
2. Menurunkan tekanan darah (Blood pressure)
Mereka yang memiliki masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi saya sarankan makan buah tembikai ni. Ia sangat bagus sebagai dan bertindak sebagai pembuluh darah serta mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.
3. Mengelak dari penyakit kanser
Tembikai memiliki kandungan Lycopene dan vitamin C, kedua zat ini amat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan penyakit paling digeruni iaitu kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu. Betul tak gus... so amalkan makan buah tembikai selalu k
4. Mengatasi masalah sembelit/pencernaan usus
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan air dan serat dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar atau najis susah keluar dan keras insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.
5. Mencegah dehidrasi/kekurangan air dalam badan
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, tidak bertenaga dan rasa macam malas nak kerja.. selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjal kita berkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada ginjal. Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana kandungan airnya yang begitu bayak.
6. Mengatasi kekejangan otot/kaki cramp
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot atau cramp pada kaki? cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terdapat dalam tembikai memiliki kesan yang amat baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih rilek sehingga otot diredakan.
7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok
Buah tembikai juga mempunyai unsur yang mampu mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi atau tekanan darah lebih rendah. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga dapat menyihatkan jantung.
Buat anda yang kurang tidak suka buah tembikai, mulai sekarang belajarlah menyukai dan mekan buah ini.
Cara Memilih Buah Tembikai
Sumber : Aishah Wahab
Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan dan follow fb saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik. rugi oo x follow...hehe
Mencegah Hipertensi dan Strok, Begini Cara Pilih Tembikai Yang Manis
Reviewed by Donny Ien
on
23:14
Rating:
No comments