Cara Buat Cantuman Mangga Kerdil Supaya Berbuah Cepat Dan Rendah
Cara Buat Cantuman Mangga Kerdil Supaya Berbuah Cepat Dan Rendah
Welcome back! baru siap buat cantuman mangga chokanan tadi, walaupun agak letih tapi tetap mahu juga menulis... saya target untuk menulis satu artikel setiap hari untuk tatapan pembaca setia blog Pertanian Satu Perniagaan.
.
.
.
Mangga Chokanan atau atau nama saintifik Magnifera indica antara mangga kegemaran saya, malah anak-anak juga suka memakannya. Mngga ini biasanya boleh dituai dua kali setahun dalam tempoh yang agak panjang iaitu dari Mac hingga Julai dan Oktober hingga Februari.
Mangga chokanan sesuai ditanam di kawasan bercuaca panas, di kebun saya ada beberapa pokok yang sudah tanam dan menunggu untuk mengeluarkan hasil. Tanah yang sesuai untuk di tanam boleh ialah di kawasan bekas sawah padi atau tanah gambut serta berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan lumayan.
Sebagai contoh, seorang pengusaha mangga mangga chokanan yang berjaya dari Sitiawan Perak, Ahmad Zaki Othman sudah menanam sebanyak 2300 pokok ditanah seluas 9.6 hektar, dengan purata kutipan 80 tan per musim. 1 tahun mangga chokanan ni berbuah dua kali atau dua musim, jadi bayangkan kalau 160 tan setahun purata pendapatan beliau mencecah ratusan ribu ringgit. Boleh baca kisah beliau di sini
Okey, cerita lebih-lebih kalau tak buat tak guna juga kan? jom saya kongsikan cara mencantum (grafting) mangga chokanan supaya berbuah rendah danc epat ( anggaran 2-3 tahun berbuah)
mula-mula sediakan pokok penanti mangga yang sihat berusia sekurang-kurangnya 3-4 tahun dengan saiz batang pokok sebesar ibu jari budak. biji pokok penanti yang saya semai kebanyakan dari jenis mangga air sebab senang dapat dimana2
potong menggunakan pisau yang bersih lebih kurang 1 kaki dari polybag, tinggalkan beberapa helai daun supaya batang pokok penanti tidak mati dan makanan dapat disalurkan ke tunas cantuman
setelah dipotong, belah menggunakan pisau khas, saya menggunakan pisau cukur kerana ianya cukup tajam dan memudahkan kerja, pastikan pisau bersih dan tidak ada kotoran melekat.
belah batang pokok penanti berbentuk V lebih kurang 1.5 inci
okey, ini adalah tunas yang kita akan cantum nanti, saya cantas dari pokok mangga chokanan kawin yagn sudah berbuah. Tips memilih tunas, pastikan ada tunas mula keluar di hujung seperti dalam gambar di bawah, daun pokok lebih cepat keluar berbanding yang belum keluar tunas. lagi satu tips, pilih tunas yang berbentuk bulat seperti pensel dan bukan berbentuk papan (nipis) kerana ianya mudah kering dan tidak menjadi
cantas semua daun dari batang , jangan tinggalkan apa-apa daun
buat torehan berbentuk V, pastikan pisau penoreh sentiasa bersih kerana pisau yang kotor boleh menyebabkan cantuman tidak menjadi
masukkan tunas cantuman ke pokok penanti seperti cara diatas
gunakan parafilem untuk mengikat pokok yang telah di sambung tadi
ikat bermula dari bawah ke atas
cantuman yang sudah siap di ikat, pastikan tiada ruang untuk air masuk kerana ia boleh menyebabkan cantuman gagal
30 pokok mangga chokanan siap di cantum melalui teknik baji, sungkup dengan plastik ice cream yang boleh di beli di kedai atau supermarket. tidak perlu ikat bahagian bawah plastik tersebut
anakku yang berusia 3 tahun ni rajin betul datang membantu hehe
Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan dan follow fb saya donny bin ien untuk dapatkan banyak lagi info pertanian.
Cara Buat Cantuman Mangga Kerdil Supaya Berbuah Cepat Dan Rendah
Reviewed by Donny Ien
on
20:20
Rating:
No comments