Sebelum Travel, Buat Macam Ni Pada Tanaman Anda Agar Tidak Layu Dan Kering

Sebelum Travel, Buat Macam Ni Pada Tanaman Pasu. Agar Tak Kering Kontang!


Cuaca yang panas melampau sekarang ni menyebabkan tanaman cepat layu walaupun telah disiram pada waktu pagi. Kalau dah berhari-hari tak disiram kompom mati.

Untuk mengelakkan tanaman cepat layu, apa kata kita cuba cara yang dilakukan oleh Wan Zul Azri ini.

“Musim panas ni..kalau nak pergi travel..boleh try cara ni…insyallah…cukup untuk 4 hari…”-Wan Zul Azri



Bahan-bahan yang kita perlukan :


Botol minuman terpakai dan tali seperti kat bawah, boleh beli kat kedai buku Popular


Cara membuat:

1. Tebuk satu lubang pada bahagian atas botol seperti pada gambar di bawah


2. Tali dipotong lebih kurang 1.5 kaki



3. Masukkan tali ke dalam botol lubang.



4. Isikan botol dengan air biasa dan letakkan di sebelah tanaman dan pastikan tali ditanam berdekatan batang pokok seperti di dalam gambar di bawah.



Contoh gambar yang sudah siap. Amat mudah dan jimat ala-ala Hidroponik. Jom try buat begini tak perlu risau tanaman anda akan kering semasa melancong.

Selamat mencuba!

Sumber : Wan Zul Azri
Sebelum Travel, Buat Macam Ni Pada Tanaman Anda Agar Tidak Layu Dan Kering Sebelum Travel, Buat Macam Ni Pada Tanaman Anda Agar Tidak Layu Dan Kering  Reviewed by Donny Ien on 14:27 Rating: 5

No comments