Cara Mudah & Jimat Tanam Kangkung Depan Rumah Hanya Guna Besen!
Kopisanangan guys! terima kasih sudi singgah di blog Pertanian Satu Perniagaan. Artikel kali ini saya kongsikan cara mudah dan jimat tanam kangkung dalam besen. Amat sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai hobi di masa lapang. Dapat makan kangkung yang ditanams sendiri dan tak perlu lagi beli di pasar!
Kangkung adalah sejenis sayur yang amat mudah ditanam serta cepat membesar. Di Malaysia kangkung adalah antara menu kegemaran rakyat kita. Kangkung boleh dinikmati dalam pelbagai citarasa masakan seperti kangkung sambal belacan dan sebagainya.
Bagi anda yang mahu menanam kangkung tapi kawasan rumah sempit, anda boleh cuba cara ini. Ianya amat senang, menjimatkan masa, tak perlu siram tiap hari serta kosnya sangat murah. Idea ini dikongsikan oleh page Baja Ab Plus Premium yang telah viral di laman sosial.
Berikut Adalah 7 Langkah Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen & Tapis
1. Sediakan bekas atau besen untuk menakung air serta baja di bahagian bawah.
2. Sediakan satu besen berlubang-lubang kecil untuk letak biji benih kangkung seperti gambar di bawah. Pastikan saiz kedua besen tersebut lebih kurang sama.
3. Isikan air yang dicampur dengan baja AB sehingga melepasi sedikit dari besen yang berlubang-lubang. Letakkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar dibawah.
4. Tutupkan besen yang kita tanam benih kangkung tadi dengan kain gelap selama beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung tumbuh
5. Apabila pokok kangkung sudah tumbuh tinggi, kira-kira seminggu , pokok kangkung sudah boleh di letakkan dibawah cahaya matahari. (pastikan paras air kena pada akar pokok supaya kangkung dapat makanan)
6. Tadaa! beginilah keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus. Usia pokok ini lebih kurang 20 hari.
7. Apabila tanaman kangkung sudah masuk minggu ke 3 atau 4, anda bolehlah tuai dan sedia untuk dimasak.. yumyum....
Selamat mencuba! jangan lupa follow page kami Pertanian Satu Perniagaan.
Cara Mudah & Jimat Tanam Kangkung Depan Rumah Hanya Guna Besen!
Reviewed by Donny Ien
on
09:51
Rating:
No comments