Tanda-Tanda Pokok Durian Terlebih Baja Dan Cara Merawatnya
Durian adalah pokok yang lemah dan sensitif dengan air serta baja jika diberikan secara berlebihan.
Sebaiknya durian perlu ditanam di kawasan yang tinggi atau lereng bukit, elakkan menanam dikawasan yang rendah dan sering terkena banjir.
Manakala pembajaan perlu diberikan secara teratur. Ramai yang fikir lebih kerap membaja maka pokok lebih cepat tumbuh. Ini salah!
Memberi baja dengan berlebihan juga menyebabkan pokok durian 'kepanasan' dan menyebabkan daun mula kering dan lama-lama boleh menyebabkan pokok mati... bye-bye gaman!
Tanda-tanda pokok durian yang terlebih baja adalah bahagian hujung daun kering dan tunas utama dibahagian atas tidak tumbuh dan terbantut.
Solusi:
1. Gunting daun yang kering, jangan potong semua ye, separuh je.
2. Jangan baja selama beberapa bulan sehingga tunas baru tumbuh kembali
3. Siram dengan air selalu, pastikan tanah tidak kering supaya akar cepat tumbuh
4. Siram dengan hormon penggalak akar
5. Setelah tunas baru keluar, baja ikut jadual, sebaiknya sekali dalam 3 bulan dengan kuantiti yang sesuai.
Untuk pokok yang berusia 1 tahun kebawah, baja tabur perlu diberikan lebih kurang 1 genggam tangan, jarak dari pangkal pokok adalah 1/2 kaki. Elakkan terkena pada batang pokok.
Untuk pokok 2-4 tahun, baja yang diberikan adalah 2-3 genggam tangan.
Gunakan baja subur organik NPK 15.15.15 sebagai asas makanan pada pokok selain baja kompos. Elakkan memberi baja subur kimia kerana ia boleh merosakkan struktur tanah dan tanaman.
Semoga bermanfaat.
Kredit Image: Shamsul Mokri PPDM |
Tanda-Tanda Pokok Durian Terlebih Baja Dan Cara Merawatnya
Reviewed by Donny Ien
on
06:57
Rating:
No comments