5 Sebab Kenapa Anda Harus Tanam Durian Duri Hitam


Fenomena Durian Ochee sekarang sedang famous di serata Malaysia, ramai yang berlumba-lumba menanamnya selain Musang King.

Tapi apa bah yang istimewa dengan durian ini? 

5 sebab kenapa anda harus tanam durian ochee/duri hitam/black thorn (D200)

1. Durian duri hitam adalah durian paling lasak, lambat merekah

Tak mustahil Ochee mengambil tempat si raja durian satu hari nanti. Memandangkan pokok durian Ochee adalah durian paling lasak dan sesuai dengan semua jenis tanah.

Ada yang tanam di tanah berpasir pun boleh hidup. Maka saya katakan tak mustahil Ochee (D200) boleh merebut first ranking kemudian hari.

2. Rasa yang manis berlemak + pahit lagi dari klon lain. Ada orang suka lagi pahit lagi sedap. Ikut citarasa masing-masing.

3. Ochee antara klon yang cepat berbuah iaitu seawal 4 tahun, bergantung pada penjagaan dan pengurusan tanaman.

4. Manakala saya dapati bahawasanya peratusan bunga buah untuk mengeluarkan hasil amat tinggi iaitu antara 80%-90% dan boleh mencapai Gred A.

5. Yang paling menarik, harga pasaran durian ochee ni boleh tahan iaitu boleh mencecah RM100 sekilogram, sangat lumayan kan! 

Sekadar pandangan dari saya. Tak setuju boleh abaikan.





Hubungi saya Donny Ien - Menjual bibit durian Ochee & Musang King Sabah (014-3016212)
Facebook: Donny Ien

5 Sebab Kenapa Anda Harus Tanam Durian Duri Hitam 5 Sebab Kenapa Anda Harus Tanam Durian Duri Hitam Reviewed by Donny Ien on 08:57 Rating: 5

No comments