Gambar Proses Cantuman Baji Durian Paling Senang Dan Jimat


Ramai yang berminat mahu belajar mencantum durian tapi tidak tahu bagaimana nak buat. Baru-baru ini saya ada buat kelas mencantum, cuma 5 orang setiap kelas. 

Kalau ada kawan2 terutama area Sabah yang berminat mencantum durian, boleh buat group sekepala dan kalau cukup 5 atau 10 orang saya datang ke tempat anda buat kelas mencantum.

Tujuan melakukan cantuman ni supaya pokok durian boleh berbuah dengan cepat iaitu sekitar 4-5 tahun berbanding ditanam dari biji.

Sekarang ni kebanyakan orang nak tanam durian jenis kawin supaya hasilnya lebih cepat dan tak perlu tunggu lama berbuah.

Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana buat cantuman baji bawah durian menggunakan pokok penanti yang masih muda.

Biasanya cantuman baji yang menggunakan penanti yang masih mudah, peratus hidup adalah tinggi berbanding pokok penanti tua yang berusia lebih setahun.

Berikut adalah gambar2 proses cantuman baji durian, maaf kualiti gambar kurang memusakan. Terima kasih Ab Wahab Yusuf diatas perkongsian ini. Semoga bermanfaat.

Saya guna tanah pasir 100% untuk menyemai biji durian supaya cepat tumbuh dan tidak terlalu lembap. Tanah pasir sungai, cocopeat atau topsoil kurang sesuai untuk dijadikan sebagai media semaian biji durian. Ia boleh menyebabkan biji mereput dan tidak tumbuh.

Saya gunakan pasu atau polybag besar untuk menyemai biji durian yang diisi dengan pasir, pastikan siram dengan air sekali sehari, letak ditempat teduh

Selepas 2 minggu, pokok durian penanti tumbuh dengan sihat dan sekata, biji durian akan jatuh sendiri tak perlu potong atau cabut

Selepas 2 bulan, pokok penanti sedia untuk dicantum, nampak semua sihat2, saya gunakan cuka kayu untuk menghalau serangga yang memakan daun, sembur sekali dalam seminggu

Pokok penanti yang sudah siap dicantum, yang atas adalah tunas klon yang dimabil dari pokok induk, ikat cantuman dengan menggunakan parafilem

sungkup menggunakan plastik lutsinar, pastikan plastik tidak menyentuh pokok cantuman kerana ia boleh menjejaskan cantuman

Selepas 15- 21 hari, bolehlah buka plastik sungkupan, tunas baru kelihatan tumbuh dengan riang gembira

ini anak benih yang di cabut dari polybag tadi, terus tanam di polybag bersaiz 7x10 atau 6x9. Media tanah yang digunakan adalah tanah merah/kuning 70%, topsoil 25% dan sekam padi bakar 25% jika ada (optional), kalau xda sekam padi bakar, gunakan tanah kuning 80%, Topsoil 20%

Semoga bermanfaat!
Penulis: Donny Ien - Penjual bibit Musang King Sabah - 0143016212
Kredit: Ab Wahab Yusuf via Myinfoberita.blogspot.my

Gambar Proses Cantuman Baji Durian Paling Senang Dan Jimat Gambar Proses Cantuman Baji Durian Paling Senang Dan Jimat Reviewed by Donny Ien on 00:14 Rating: 5

No comments