SOP Pembajaan Pokok Durian Berusia 1 Tahun
Ramai yang tanya saya, lepas tanam durian ni perlu buat apa? mestilah kena letak baja subur barulah tumbuh cepat!
Lepas tu dorang tanya lagi, nak guna baja apa? sukatan berapa? kekerapan berapa kali baja dalam setahun?
Saya selalu sarankan, untuk durian yang baru tanam hingga 3 tahun, pembajaan perlulah dibuat sekali dalam setiap 3 bulan.
Artikel malam ini saya cuma kongsikan SOP pembajaan pokok durian yang berusia sekitar 9 bulan keatas ya.
Mula-mula gemburkan tanah, berhati-hati ketika mencangkul, kerana pokok durian boleh mati jika akar terputus, usia pokok dalam pic adalah sekitar 9 bulan
buat parit sekitar 60-80 sentimeter untuk meletakkan baja, elakkan meletak baja di pangkal pokok kerana ia boleh memnyebabkan pokok mati kepanasan.
Untuk pokok sebegini, baja yang digunakan lebih kurang 500gram atau setengah kilogram, gunakan jenis baja NPK 15.15.15 untuk pertumbuhan yang maksima
Jika tanah terlalu lembap, puradan perlu ditabur untuk membunuh hama atau serangga yang boleh menyerang akar pokok durian.
Akhir sekali, selepas menabur baja dan puradan, tutup atau timbus baja dan puradan tadi dengan tanah supaya tidak terhakis apabila berlaku hujan lebat.
Sila tonton video dibawah untuk penerangan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!
Kredit Video: Hobi Tanam
Penulis: Donny ien (Fb) pastikan follow untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian
SOP Pembajaan Pokok Durian Berusia 1 Tahun
Reviewed by Donny Ien
on
21:40
Rating:
No comments