10 Tips Penting Sebelum Menanam Bibit Durian

Antara soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan saya bila datang beli bibit durian, susah ke jaga durian ni? berapa tahun boleh berbuah?

Saya selalu berpesan kalau nak tanam durian, kenalah perlu ilmu yang cukup di dada, bukan susah sebenarnya asalkan tahu cara yang betul.

Sebab itu, rajin-rajinlah tanya mereka yang berpengalaman jauh dalam bidang ini sebelum membuat pelaburan menanam durian.

10 Tips Penting Sebelum Menanam Bibit Durian  


1. Tolong JANGAN amalkan sifat TTT - Tanam - Tinggal - Tuai, belum tentu yang ditanam dapat hasil, buang masa dan rugi je beli pokok

2. Ubah mentaliti, beli durian adalah satu PELABURAN jangka panjang, bukan pembaziran seperti tukar smamrtphone baru

3. Pastikan kita tahu apa jenis KLON durian yang kita beli, kadang2 penjual sendiri pun tak kenal apa jenis durian yang dijualnya. Beli bibit lain tapi keluar buah lain.

4. Cara mengenal jenis durian adalah dari bentuk daun. Contohnya, Musang King berdaun tirus dan sedikit beralun. Permukaan daun berwarna hijau dan daun bawah berwarna keperangan.

5. Tanya diri sendiri apa tujuan nak tanam, adakah untuk makan sendiri atau untuk komersial. Perlu ada hala tuju dan perancangan awal.

6. Menanam durian mahal Musang king secara komersial ni perlu modal yang banyak, ia termasuk kos tapak tanaman, membeli bibit, racun, baja, tangki, pekerja dan sebagainya.

7. Menanam durian perlu ada KESABARAN yang tinggi, jangan beli bibit durian terus nak tanam hari tu juga konon nak cepat dapat hasil, walaupun tinggi pokok baru 1 kaki lebih.

8. Anak pokok durian yang masih kecil tolong JANGAN tanam terus di kebun, perlu pindahkan ke polybag yang bersaiz lebih besar, contoh 16x16 cm ataupun pasu besar. Siram hari-hari. Guna tanah kuning 70%, topsoil 20% & serkam padi bakar/cocopeat 10%

9. Selepas pindah polybag besar, semai sehingga 3-4 kaki atau 6-12 bulan baru tanam di kebun, peratus hidup adalah amat tinggi berbanding tanam yang baru 1 kaki lebih.

10. JANGAN tanam klon durian yang tiada nilai dipasaran kecuali untuk makan sendiri, untuk komersial saya sarankan tanam durian Musang King dan Duri Hitam.

Semoga bermanfaat.

Penulis: Donny ien (Facebook Donny bin ien)
Jual bibit durian musang king - Sabah


10 Tips Penting Sebelum Menanam Bibit Durian 10 Tips Penting Sebelum Menanam Bibit Durian  Reviewed by Donny Ien on 08:25 Rating: 5

No comments