Video Teknik Cantuman Durian Sisip Tepi
Kopisanangan! lama tidak menulis tentang teknik cantuman durian, malam ini saya kongsikan satu lagi cara atau teknik mencantum durian yang jarang-jarang dilakukan.
Teknik ini dinamakan 'cantuman sisip tepi'. Cara ini hampir sama dengan cantuman baji cuma tunas atau scion di cantum di bahagian tepi atau batang durian dan bukannya di atas pokok penanti.
1. Caranya, mula-mula pilih pokok penanti durian yang sihat dan sudah matang berusia 1 tahun atau sebesar jari telunjuk, buat torehan kecil di sisi batang, anggaran 1 kaki dari paras tanah dlm polybag, pastikan bekas torehan ditak disentuh dengan jari
2. Sediakan tunas /scion durian yang anda inginkan, contohnya tunas musang king, potong daun separuh, masukkan sedia dalam plastik iskrim sebagai penyungkup, buat torehan pada hujung tunas berbentuk V, sisipkan dengan kemas seperti dalam gambar diatas
3. Ikat menggunakan parafilem lembut, boleh beli kat kedai pertanian atau secara online, pastikan ikat sekali dengan plastik aiskrim dan tutup habis supaya tidak dimasuki angin dan air, ikat dngan kemas.
4. Selepas 21 hari, sungkupan dibuka, inilah hasilnya, mata tunas mula berkembang dengan begitu menarik, tunggu daun matang barulah buka tali ikatan/ parafilem tersebut.
Selamat mencuba!
Kredit pic: Ahmad Rahim Ishak/PPDM Via Myinfoberita.blogspot.com
Video Teknik Cantuman Durian Sisip Tepi
Reviewed by Donny Ien
on
22:56
Rating:
No comments