Cara Yang Betul Semai Avocado Melalui Biji


Avocado atau di tempat kami dipanggil sebagai buah susu merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang digemari kerana mempunyai banyak khasiat.

Menurut kajian, amalan memakan avocado boleh menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.

Buah susu perlu dicampur dengan susu pekat manis kerana rasa buah ini tawar jika dimakan begitu sahaja. Sebab tu di sesetengah tempat memanggilnya buah susu atau buah lemak.

Artikel malam ini saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.

CARA SEMAI BIJI AVOCADO MELALUI BIJI


Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.


Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polybag


Apabila menanam dalam polybag, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh


Tanam biji separuh kedalam polybag, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji


selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur...pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar


usia pokok avocadoku lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell hehe


Berdasarkan kajian saya, buah avocado di area Sabah amat sukar di temui di pasar atau tamu minggu, mungkin masih ramai yang belum menanamnya. 

Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga rm15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.

Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, kerana buah susu ini banyak khasiatnya, tidak rugi berbudi pada tanah. Pokok avocado kawin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.

Sekian dulu artikel kali ini, semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya donny bin ien.

Penulis: Donny ien - menjual bibit buah-buahan kawin Sabah
Pertanian satu perniagaan
Cara Yang Betul Semai Avocado Melalui Biji Cara Yang Betul Semai Avocado Melalui Biji Reviewed by Donny Ien on 22:05 Rating: 5

No comments