Cara Membuat Perangkap Lalat Buah
Kopisanangan tompinai...
Semalam dan hari ini ramai yang bertanya saya tentang masalah serangan lalat buah dan bagaimana untuk atasinya. Lalat buah ini sering menyerang buah-buah yang masih berputik.
Bila dia hingap saja pada buah, lalat ini akan bertelur dan dalam masa beberapa hari sahaja dan telur ini akan menetas menjadi ulat.
Inilah yang menyebabkan buah-buahaan dan sayur-sayuran berbuah menjadi busuk. Kehadiran lalat buah ini disebabkan persekitaran yang berbau.
Salah satu daripadanya ialah pengunaan baja tinja haiwan yang terlalu kerap. Jadi buah-buahan yang dikeluarkan dari baja tadi membuatkan lalat buah hadir.
Cara untuk mengatasi serangan dari lalat buah ini ialah dengan memasang perangkap lalat buah.
Barang-barang yang perlu kita sediakan ialah seperti berikut:
1. Hormon pemikat lalat (beli di kedai pertanian atau di hardware yang berhampiran), kalau di area saya di Kota Belud, saya beli di kedai pertanian dekat Masjid pekan.
2. Botol minuman yang terpakai, guna yang 1500ml
3. Kapas
4. Dawai
Cara untuk membuatnya ikut pada gambar yang saya paparkan dibawah. Jika kawasan kebun atau laman yang luas, kita boleh pasang banyak tempat.
Cara membuat perangkap lalat buah
1. Dapatkan botol mineral atau apa-apa botol lutsinar, saya gunakan botol meneral saiz besar (150ml)
2. Tebuk 2 lubang bersaiz dalam 50mm (kanan dan kiri) pada bahagian atas botol untuk memberi laluan lalat buah masuk ke dalam perangkap.
3. Tebuk lubang pada penutup botol untuk memasukkan dawai atau tali.
4. Anda boleh guna samada kapas atau kain atau tuala untuk dititikkan pheramon/pemikat. Saya gunakan kapas pencuci muka.
4. Masukkan air ke dalam botol yang tidak melebihi paras kapas/kain/tuala. Lebih kurang 1/4 dari isi botol.
5. Titikkan pheramon atau pemikat lalat buah dalam 2-3 titik (amat mencukupi) pada kapas/kain/tuala.
6. Tutup botol dan gantung dalam lingkungan 3km dari ladang (sekeliling) atau dalam 300-500meter sekeliling kebun kecil.
7. Lalat buah yang lalok akan berenang-renang di dalam air hingga mati lemas.
Selamat mencuba dan selamat mengutip hasil.
Kredit: Petani Mude via Myinfoberita.blogspot.com
Cara Membuat Perangkap Lalat Buah
Reviewed by Donny Ien
on
06:56
Rating:
No comments