Guna Ikan Reject & Yakult Je, Lihatlah Pucuk Baru Durian Ni Keluar Macam 'Roket'


Bajet kurang adakalanya kena ikhtiar guna sumber alternatif untuk suburkan pokok durian.

Salah satu cara adalah buat baja FAA ( Fish Amino Acid). Ada juga dijual jika ada bajet dan malas nak buat. 

Cari ikan reject di pasar untuk buat mol daripada ikan. Dulu pernah buat dan guna tapi kekangan masa.

Sebenarnya FAA ini sangat baik untuk pertumbuhan pokok durian dan tanaman lain. 

Cara membuatnya baja FAA:

1. Sediakan 3 bahan dibawah ni

A) 1kg Ikan laut (sebaiknya ikan yang belakangnya warna hitam)
B) 1kg gula merah (kisarkan)
C) 1 botol Yakult

2. Gaulkan kesemuanya dan peram dalam bekas dengan penutup tuala, jangan kedap udara. Maksudnya jika tutup rapat, ia boleh meletup, jadi pastikan ada sedikit angin masuk.

3. Peraman selama 14-21 hari.

4. Siap! patinya ditapis dan simpan dalam bekas lain.

Cara guna baja FAA:

Nisbah campuran adalah 3ml mol ikan + 2 liter air tanpa klorin.

Semburan pada daun, batang atau pada tanah.

Bagi yang baru nak tanam boleh sembur dalam lubang tempat nak tanam.

Mudahkan?

Cubalah hari ini, anda pasti akan teruja...




Kredit: Sobryz Zachary via Myinfoberita.blogspot.com, sila like page PSP untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share ya
Guna Ikan Reject & Yakult Je, Lihatlah Pucuk Baru Durian Ni Keluar Macam 'Roket' Guna Ikan Reject & Yakult Je, Lihatlah Pucuk Baru Durian Ni Keluar Macam 'Roket' Reviewed by Donny Ien on 22:15 Rating: 5

No comments