Cara Pembenihan Keledek Melalui Ketulan Ubinya


Kopisanangan tompinai...

Ubi keledek atau ubi manis adalah tumbuhan menjalar yang senang tumbuh dikawasan tanah rendah  terutama tanah berpasir dan tanah gambut.

Amalan memakan ubi keledek adalah amat baik untuk kesihatan badan. Saya suka ubi yang berwarna ungu sebab lembut dan sedap.

Ubi keledek mengandungi banyak khasiat seperti vitamin C, zat besi, pottasium dan anti oksida yang mamapu melawan kanser dalam badan.

Tempoh matang bagi ubi keledek iaitu sekitar 6 bulan, dan boleh ditanam dalam pasu atau di kebun.

Kalau korang pergi pasar pagi atau pasaraya besar, jangan lupa beli sekilo dua untuk disemai. 

Jom saya kongsikan bagaimana menyemai ubi keledek melalui ketulan ubinya

Cara Pembenihan keledek melalui ketulan ubinya 

Mula-mula potong ubi dalam anggaran 1-2 cm, letakkan diatas tanah seperti dalam pic dibawah, kambus bagi rata tanah, kemudian siram bagi lembap. 

Media tanah yang digunakan ialah tanah +cocopeat +pasir





inilah hasilnya selepas hampir sebulan, tunas dan daun ubi keledek ungu mula tumbuh
tunas bukan sahaja tumbuh di ketulan pangkal bahagian ubi malahan pada ketulan sebelah tengah.



pindah ke polybag atau tanah, bila batang sudah panjang, kerat tanam guna batang.




Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page Pertanian satu perniagaan dan follow fb saya Donny bin ien.

Kredit: Lebai Kudin via Myinfoberita.blogspot.com

Cara Pembenihan Keledek Melalui Ketulan Ubinya Cara Pembenihan Keledek Melalui Ketulan Ubinya Reviewed by Donny Ien on 23:23 Rating: 5

No comments