Petua Suburkan Tanaman Dengan Air Rendaman Paku Karat


Kopisanangan tompinai

Baru hari ni saya tau rupanya paku boleh suburkan tanaman, menurut perkongsian Nooraini Mat Saat  melalui laman Impiana.

Biasanya kalau manusia kekurangan iron atau zat besi (sel darah merah) dalam badan, tandanya adalah muka pucat, selalu lesu dan lemah.

Begitu juga dengan tanaman, kekurangan nutrien dan zat besi pada pokok boleh menyebabkan penyakit Iron chlorosis.

Tanda-tanda penyakit Iron chlorosis pada pokok adalah daun menjadi kekuningan dan nampak layu, secara tidak langsung menyebabkan pokok tidak subur.

Petua Suburkan Tanaman Dengan Air Rendaman Paku Karat

Salah satu petua suburkan tanaman adalah dengan menyiram pokok dengan air rendaman paku yang berkarat.

Caranya, ambil segenggam paku dam masukkan dalam botol berisi air biasa, kalau boleh gunakan air sungai dan elakkan air berklorin.

Rendam paku selama 3 hingga 4 minggu untuk mendapatkan air karat yang maksima, lalu siram pada pokok yang kurang sihat sekali dalam satu minggu.

Sebaiknya siram pada waktu malam kerana matahari tidak panas dan pokok boleh menyedut nutrien lebih panjang.

Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP, jangan lupa like page kami dan follow fb saya Donny ien. Terima kasih.



Petua Suburkan Tanaman Dengan Air Rendaman Paku Karat Petua Suburkan Tanaman Dengan Air Rendaman Paku Karat Reviewed by Donny Ien on 07:18 Rating: 5

No comments