Bengkak Payudara, Rambut Gugur, Gastrik, Melawas Kencing, Jangkitan Kuman Sembuh Dengan Daun Semangkuk
KHASIAT DAUN SEMANGKUK YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Mngkin ramai yang tidak mengenali pokok semangkuk ini, tumbuhan herba yang semakin dilupakan kerana perkembangan teknologi perubatan.
Pesakit kini lebih bergantung pada doktor pakar dan ubat-ubatan dari hospital. Namun tidak salah jika kita mencuba kaedah semulajadi untuk menyembuhkan penyakit.
Sebagai contoh, daun semangkuk merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh badan.
MANFAAT DAUN SEMANGKUK YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Selain dijadikan sebagai ulam-ulaman (perlu dicelur terlebih dahulu), daun semangkuk mempunyai banyak khasiat termasuk menyembuhkan bengkak pada payudara.
Caranya ambil beberapa helai daunnya dan dihancurkan, kemudian campurkan dengan minyak kelapa dan kunyit, lalu tampal ditempat yang bengkak, insyahallah bengkak akan beransur-ansur pulih.
Kaedah lain ialah rebus daun semangkuk dan minum air rebusan setiap hari untuk mengelak dan merawat pembengkakan pada payudara.
Daun semangkuk juga mampu merawat keguguran rambut dan mengelakkan botak kepala. Caranya ialah menampal daun yang telah ditumbuk lumat pada kulit kepala yang botak.
Selain itu, daun semangkuk juga boleh melawaskan pembuangan air kecil atau kencing dengan memakan daun atau pucuk muda sebagai ulam.
Selain daun, akar pokok semangkuk juga boleh melawas pembuangan air kecil. Caranya rebus akarnya dan minum air rebusan tersebut, amalkan selalu untuk melawaskan kencing. Ia mampu merangsang tubuh supaya segera berpeluh.
Masalah kesihatan seperti gastrik, cirit-birit, ulser, sakit perut, muntah, gatal dan gatal-gatal pada kulit dapat dirawat dengan daun semangkuk.
Selamat mencuba!
Bengkak Payudara, Rambut Gugur, Gastrik, Melawas Kencing, Jangkitan Kuman Sembuh Dengan Daun Semangkuk
Reviewed by Donny Ien
on
23:53
Rating:
No comments