Punca Daun Durian Menjadi Kuning, Layu Dan Cara Mengatasinya


Penyakit reput akar

Tahukah anda pokok durian yang ditanam di kawasan tanah rendah yang lembab berisiko tinggi dijangkiti penyakit terutama kanser akar.

Ini kerana ketika musim banjir, air menakung lebih lama menyebabkan tanah menjadi lembab bahagian bawah dan kulat mudah menyerang pada bahagian akar.

Tanda-tanda

Tanda-tanda penyakit reput akar atau kanser akar ialah daun kelihatan kuning dan layu serta agak tunduk mengucup ke bawah, ibarat hidup segan mati tak mahu.

Caranya korek tanah pada pangkal pokok dan periksa bahagian akar jika terdapat tisu reput yang berwarna hitam.

Tanda-tanda lain ialah tunas dan pucuk durian tidak berkembang atau pertumbuhan agak lambat, ini menyebabkan warna daun akan menjadi pudar atau kuning seterusnya kering dan mati.

Cara atasi

Cara mengatasi masalah ini ada dua pilihan, pertama hendaklah perbaiki sistem saliran, perlu buat parit untuk mengalirkan air yang bertakung.

Selepas itu sembur atau siram dengan racun kulat berbahan aktif aluminium fosetyl (aliette) atau metalaxy (ridomil).

Bancuhan bagi racun aliette ialah 25-50gm/10 liter air. Sembur pada pokok dan pangkal pokok. Racun aliette boleh beli di kedai pertanian atau secara online melalui Lazada.

Pastikan anda rujuk SOP pada label bungkusan.

Solusi kedua ialah musnahkan pokok dan ganti dengan pokok baru, saya sarankan sebelum tanam, timbus dengan tanah kuning dahulu dan buat lubang 2'x2', masukkan segengam baja subur sebelum tanam anak pokok durian.

Pastikan anda pagar pokok durian dengan net hitam dan menyiram setiap hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page Pertanian Satu Pertanian dan follow facebook saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.




Kredit: Sobryz Zachary
Punca Daun Durian Menjadi Kuning, Layu Dan Cara Mengatasinya Punca Daun Durian Menjadi Kuning, Layu Dan Cara Mengatasinya Reviewed by Donny Ien on 07:05 Rating: 5

No comments