Cirit-Birit, Sakit Perut, Muntah, Demam Panas, Sakit Gigi, Sengal Badan Sembuh Dengan Air Rebusan Beras Goreng
Tahukah anda beras bukan sahaja menjadi makanan utama rakyat Malaysia tapi rupanya ia mempunyai banyak khasiat yang masih ramai tidak tahu.
Pada zaman dahulu, air rebusan beras dijadikan sebagai 'kopi' sarapan pagi dan hidangan pada tetamu yang berkunjung ke rumah.
Walaupun rasanya sedikit pahit namun ia amat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti sakit perut akibat salah makan atau mengubati cirit-birit dan muntah-muntah.
Selain itu air rebusan beras goreng dipercayai mampu merawat demam campak, demam panas, sakit gigi, panau, sengal badan dan bayi yang meragam.
CARA BUAT AIR REBUSAN BERAS GORENG
Ambil 2-3 gengam beras, apa-apa beras pun boleh, digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga berwarna kekuningan atau menjadi perang.
Biarkan seketika sehingga sejuk dan tumbuk menjadi halus, lalu bancuh dengan air panas seperti buat kopi biasa. Tidak perlu tambah sebarang gula atau perisa lain.
Kaedah kedua, goreng beras sehingga kekuningan, isikan secawan air dan masak selama 10-15 minit kemudian minum air rebusannya.
Amalkan meminum airnya setiap hari sehingga cirit-birit sembuh, biasanya lepas minum 2-3 kali, cirit-birit akan sembuh dengan serta merta.
Kaedah ini sememangnya terbukti berkesan sejak nenek moyang kita mengamalkan petua ini.
Selamat mencuba!
Cirit-Birit, Sakit Perut, Muntah, Demam Panas, Sakit Gigi, Sengal Badan Sembuh Dengan Air Rebusan Beras Goreng
Reviewed by Donny Ien
on
16:26
Rating:
No comments