Tak Rasa Nak Makan Malam Apabila Amal Minum Ini


Tahukah anda rakyat Malaysia antara paling ramai mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti akibat makan berlebihan.

Masalah obesiti ni boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Bagi anda yang ada tabiat makan berlebihan terutama waktu malam, cuba elakkan mengambil makanan berlebihan terutama yang mengandungi tinggi karbohidrat.

Sebagai contoh, anda boleh cuba amalkan minuman diet yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.

Bahan yang diperlukan ialah seperti dibawah:

-1 biji epal hijau

-2 biji kurma

-1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon

-1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)

Cara membuat :

1. Potong kecil buah kurma & epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang amat baik untuk kesihatan jantung dan mengelakkan penyakit strok.

2. Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih sedap jika dicampurkan dengan ais.

3. Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.

4. Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.

Khasiat kayu manis Ceylon :

1. Mengawal paras glukosa dan mengawal penyimpanan lemak

2. Kandungan karbohidrat dan kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama

3. Menyingkirkan toksin dari badan

4. Mengatasi sembelit dan usus tersumbat

5. Boleh mencegah masalah perut dan masalah usus

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow FB saya Donny Ien untuk dapatkan lebih banyak petua kesihatan.
Tak Rasa Nak Makan Malam Apabila Amal Minum Ini Tak Rasa Nak Makan Malam Apabila Amal Minum Ini Reviewed by Donny Ien on 01:12 Rating: 5

No comments