Ketika Musim Kemarau, Buat Macam Ini Untuk Elak Pokok Mati Dan Lembapkan Tanah



Menyiram pokok adalah perkara paling asas dan sangat penting selepas menanam pokok. Tujuaanya supaya anak benih tidak kering dan mati. 

Pokok yang baru tanam 100% bergantung pada AIR sebagai 'makanan' kerana akar tunjang masih pendek dan belum dapat menyerap nutrien pada pokok.

Peniraman pokok perlu dilakukan setiap pagi dan petang kecuali musim hujan bagi membekalkan air pada pokok, terutama anak benih yang BARU DITANAM sehingga pokok berusia 6 bulan keatas. 

Ada pelbagai cara untuk dilakukan supaya anak benih tidak mati selepas ditanam seperti memasang sistem pengairan automatik atau Automatic Water Dripping System (AWDS) - sila baca disini lebih lanjut.

Selain itu, pokok perlu di pagar dengan net hitam supaya anak benih tidak layu selepas ditanam serta mengelakkan tanah cepat kering.

Cara lain ialah kaedah mulching atau sungkupan pokok. Daun-daun kering yang diletakkan disekeliling pokok boleh melembabkan tanah serta menyuburkan tanaman.

Bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan akar dan pokok, anda boleh cuba kaedah ini iaitu meletakkan batu-batu kecil dalam paip PVC dan lubang tanaman.

Nak siram pun senang kan, air disalurkan terus ke akar, cara ini boleh elakkan pokok kering dan mati terutama musim kemarau.


Caranya, mula-mula buat satu lubang berukuran 1.5 kaki lebar dan 1.5kaki dalam, kemudian masukkan sebatang paip PVC berukuran 2 atau 3 inci, kalau xda paip buluh pun boleh, isikan batu kecil2 atau chipping kedalam lubang dan paip PVC tadi, kalau ada cocopeat / sabut kelapa atau POWERBANK POKOK lagi bagus, ia berfungsi sebagai 'span' yang menyimpan banyak air. 


Masukkan benih pokok yang hendak di tanam, tak kira la anak benih pokok musang king ke, bunga dan sebagainya...



Timbus dengan tanah hingga penuh, pastikan tabur dengan baja subur NPK untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok. Setiap pagi dan petang siram air melalui lubang paip PVC supaya air mudah mengalir ke bawah, tujuaanya untuk melembabkan tanah kat bawah, sekaligus akar cepat tumbuh. 
Kredit Image: Semeando Sustentabilidade

Teknik ini memang terbukti berkesan bagi mengelakkan pokok mati kekeringan terutamanya musim kemarau. Biasanya jika kita menyiram, kadang-kadang air tak sampai ke bawah akar, ia boleh menyebabkan pokok cepat kering dan mati. Lagi satu ia boleh memberikan pengudaraan yang baik pada akar kat bawah serta memudahkan kita untuk membaja dengan baja cecair.

Kelebihan teknik ini:

1. Elakkan pokok kering ketika musim kemarau
2. Lembabkan tanah dan akar di bahagian bawah pokok
3. Memudahkan untuk letakkan baja cecair
4. Memperbaiki sistem pengudaraan pokok
5. Pempercepatkan pertumbuhan pokok
6. Pokok cepat berbuah dan subur
7. Senang nak menyiram

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog. Jangan lupa like, share dan follow page PSP dan follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.

Ketika Musim Kemarau, Buat Macam Ini Untuk Elak Pokok Mati Dan Lembapkan Tanah Ketika Musim Kemarau, Buat Macam Ini Untuk Elak Pokok Mati Dan Lembapkan Tanah Reviewed by Donny Ien on 06:49 Rating: 5

No comments