Rupanya Meminum Air Rebusan Akar Betik Mampu Mengeluarkan Batu Karang Tanpa Pembedahan
Betik bukan sahaja sedap dimakan tapi mempunyai banyak khasiat yang amat baik untuk tubuh badan.
Antara manfaat buah betik termasuklah mengubati buasir atau simbelit, merawat hemoroid, sebagai tonik atau pembersih perut yang amat berkesan, mengatasi masalah kulit dan kaya dengan vitamin C.
Selain itu, buah betik juga amat baik untuk mencegah batu karang, seeloknya dicampur dengan madu asli, ianya mampu mengatasi masalah kencing tidak lawas dan masalah saluran kencing.
Akar Betik Mampu Merawat Dan Mengeluarkan Batu Karang Tanpa Pembedahan
Tahukah anda, selain buahnya yang sedap dimakan, AKAR pokok betik juga mampu merawat beberapa jenis penyakit.
Antaranya ialah untuk menghentikan perdarahan pada rahim, membunuh cacing dalam rahim, membantu pencernaan makanan dan merawat penyakit buasir dan melawas pembuangan air kecil.
Bagi mereka yang menghidap masalah masalah ginjal seperti batu karang, rebusan akar betik mampu mengeluarkan batu karang pada ginjal.
Caranya ialah dengan merebus akar betik dan meminum air rebusannya dua kali dalam sehari iaitu waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Seeloknya diminum selepas makan.
Semoga bermanfaat.
Rupanya Meminum Air Rebusan Akar Betik Mampu Mengeluarkan Batu Karang Tanpa Pembedahan
Reviewed by Donny Ien
on
22:28
Rating:
No comments