(Testimoni) "Alhamdulillah Baru Minum 2 Gelas, Malam Tadi Saya Mampu Berjemaah Di Mesjid"
Tahukah anda stroke atau angin ahmar adalah penyakit keempat tertinggi yang dialami ramai penduduk Malaysia.
Stroke terjadi apabila pembuluh darah arteri yang mengalirkan darah ke otak tersumbat, rosak, atau bocor, menyebabkan otak kekurangan oksigen dan tidak berfungsi.
Tanda-tanda awal stroke adalah pening, pengsan secara tiba-tiba atau tidak sedarkan diri, badan menjadi lemah, kebas, penglihatan kabur, sukar menelan dan sukar imbangkan badan.
Punca stroke adalah peningkatan usia terutama bila umur meningkat 65 tahun keatas. Lelaki lebih mudah mendapat stroke daripada wanita dan juga faktor keturunan.
Selain itu stroke disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat termasuk merokok, obesiti, stress, makanan tinggi kolestrol, ada kencing manis, darah tinggi dan pengambilan alkohol.
Selain mendapat rawatan di hospital, ada pelbagai cara menyembuh stroke secara semulajadi yang terbukti berkesan. Antaranya meminum air rebusan pokok letup-letup atau ciplukan.
Buktinya, lelaki ini sembuh sepenuhnya setelah meminum air rebusan letup-letup. Anda boleh baca kisah dan testimoni beliau dibawah.
"Subhanallah. Maha pengasihnya Allah. Tersembunyi rahsia dalam setiap ciptaannya.
Pada 6 ogos 2016, saya terlantar dihospital Selayang mengidap strok sebelah badan. Hanya terbaring dan duduk. Tak mampu berdiri dan berjalan. Ambil ubat hospital untuk permulaan.
Keluar hospital saya usaha rawat sendiri. Alhamdulillah boleh berjalan selepas 3 bulan. Tapi kesannya terasa hingga sekarang.
Sebelah kiri badan masih terasa kebas dan bisa. Terasa lemah sekali. Lebih menyedihkan saya tak mampu solat berdiri. Pergerakkan yang paling rumit ialah peralihan rukun dari sujud kepada qiam.
Sepanjang ramadhan ini saya tak dapat berjemaah dimesjid yang jaraknya hanya 300 meter dari rumah.
Dah lama tahu khasiat herba ini. Tapi tak mampu merayau cari. Tekad minta tolong kawan carikan dikebun kelapa sawitnya.
Alhamdulillah baru minum 2 gelas, malam tadi saya mampu berjemaah dimesjid. Berjaya tamatkan terawikh 20 rakaat dan 3 rakaat witir. Solat tegak qiam.
Tiada masaalah lagi yang menghalang pergerakan. Terasa satu kuasa luar biasa. Setelah lebih 2 tahun tak dapat rasai nikmat solat secara normal.
Baru malam tadi Allah kembalikan nikmat itu. Menitis airmataku. Syukur terima kasih Tuhan. Tak tau apa nama herba ini. Zaman kanak-kanak dulu selalu jumpa dikebun nenas arwah ayah.
Maha hebat kuasa Allah. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar." - Mohd Nawawi Haji Ibrahim
CARA PENYEDIAANNYA
Pokok letup-letup memang bagus orang cakap. Cabut 1 pokok dan cuci akar hingga bersih kemudian rebus semua sekali dengan akarnya bersama 3 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas, dah suam boleh minum. Insyahallah, penyakit stroke akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.
Apapun penyakit pasti ada ubatnya, apa yang paling penting adalah meminta kesembuhan daripada yang Maha Esa.
Berikut adalah perkongsian beliau melalui laman sosial. Yang ada stroke, tidak salah mencuba rawatan ini, cuba dulu dan lihat kesannya. Selamat mencuba.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca blog, jangan lupa like, share dan follow page PSP dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi petua bermanfaat. Sekian.
IKLAN: Nak berniaga tapi tak ada modal? tak ada barang? VIRAL sekarang ni pasal SHOPEE. Tak perlu beli barang, tak perlu modal, semua Shopee yang sediakan. Promote dan terima komisen sahaja. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.
(Testimoni) "Alhamdulillah Baru Minum 2 Gelas, Malam Tadi Saya Mampu Berjemaah Di Mesjid"
Reviewed by Donny Ien
on
09:39
Rating:
No comments