Mahu Belajar Mencantum Durian? Tidak Perlu Beli Bibit Musang King Lagi, Buat Sendiri Ja!


Kopisanangan tompinai...

Terlebih dahulu izinkan saya perkenalkan diri

Pengenalan

Nama saya Donny Ien, panggil saja Don kio...saya lahir pada tahun 1981.  Berumur 39 tahun. Mempunyai seorang isteri dan 2 anak yang masih kecil.

Selain minat, saya menceburi bidang pertanian kerana ia adalah satu perniagaan yang menguntungkan. 

Berdasarkan pemerhatian saya, permintaan terhadap produk pertanian semakin meningkat saban tahun seperti Kelapa, nenas, kelapa sawit, musang king (top 4) dan sebagainya.

Ok, mari balik pada topik asal kita iaitu belajar mencantum buah-buahan.

Apa tujuan buat cantuman ni? 

Tujuannya ialah untuk percepatkan pokok berbuah. Contohnya durian, kalau ditanam dari biji, ia berbuah lambat, sekitar 6-10 tahun bergantung pada penjagaan, manakala kalau buat cantuman, ia berbuah seawal 4 tahun sahaja.

Kelebihan pandai mencantum? - tidak perlu beli bibit, buat sendiri ja, boleh buka nursery buah-buahan di masa akan datang

Apa teknik cantuman yang saya akan kongsikan?

1. Cantuman baji/polo - baca artikel saya di sinicantuman baji 1 mata tunas dalam baldi
2. Cantuman mata tunas (Baca artikel sini) & mata tunas berkayu (baca artikel saya di sini)
3. Cantuman sisip tepi (baca artikel di sini)
4. Cantuman sanding
5. Cantuman kaki ganda
6. Cantuman dewasa - baca artikel di sini
7. Marcot/TUT

Cara memilih mata tunas/scion yang sesuai? - baca artikel di sini
Cara & Gambar Proses Cantuman Baji Durian Paling Senang Dan Jimat - baca sini

Jenis pokok dan cara cantuman yang paling popular?

1. Cantuman baji/polo - durian, mangga, avocado, manggis, longan
2. Cantuman mata tunas - rambutan, nangka, cempedak, pulasan, petai
3. Marcot/TUT - limau kasturi, limau kapas, limau bali, lemon, sunkist, jambu air, jambu batu
4. Keratan Batang/cutting - bunga kertas, anggur, figs

Berapa lama sungkupan /plastik ais krim baru buka? - Selepas 21 hari

Apa pantang larang semasa proses cantuman dibuat?

Tidak boleh gatal tangan cabut plastik ais krim sebelum 21 hari kerana ia boleh menyebabkan cantuman gagal. Oonginan ka bahasan dusun hehe

PENTING! cara elakkan cantuman berkulat selepas dicantum, elakkan plastik sungkupan terkena air hujan atau terkena air semasa menyiram. SILA JANGAN SIRAM POKOK SELAMA 5 HARI, MASA INI PROSES CANTUMAN SEDANG BERLAKU...JIKA CANTUMAN TERKENA AIR, CANTUMAN AKAN GAGAL! Jika tanah dalam polybag kering, siram di pangkal pokok ja.. ingat tips ni.. ramai tidak tahu...


Alat alat yang wajib ada untuk mencantum?

1. Pokok penanti yang sudah berusia 2 bulan atau sudah keluar 3-4 daun, ditanam dari apa2 biji durian

2. Tunas atau scion yang di ambil dengan teliti dari pokok induk yg sudah berbuah atau yg berusia 2 tahun keatas asalkan dari jenis pokok kawin (bukan ditanam dari biji ya)..salah pilih tunas, cantuman tidak menjadi bro...

3. Pisau tajam, saya guna pisau yg bole tolak masuk keluar tu..apa bah nama dia tu..beli di kedai buku atau hardware...

4. Mata pisau cukur misai janggut, saya beli di guardian atau di kedai keling hehe

5. Parafilem, beli online atau ada jual di kedai kimia.

6. Gunting,  untuk memotong daun scion

Ada yang tanya, ada benda khas ka mau letak pada cantuman tu supaya melekat? - tiada. Dia melekat sendiri sebab ada lendir akan keluar.

Jarak tanam durian - baca sini

Berapa yuran utk mengikuti krusus mencantum ni? - RM50 sahaja

Berapa lama? Sekitar 2 -3 jam

Ada sijil? - Ada

Lokasi: Taman Rangalau Ria No 22, Jalan Ranau Bypass, 89158 Kota Belud Sabah

Contact hp saya: 014-3016212 - cikgu Donny

Masa available: setiap ahad 930am -12pm, hari lain bole atur asalkan cukup 5 orang. Max 10 org per kelas.

Minuman/makanan ringan disediakan.

Cara ikut kelas akan datang - sila request admin untuk masukkan no anda dalam group whatsapp kelas cantuman durian - 0143016212.

Sila whatsapp saya terus di 014-3016212 untuk buat temujanji. Bawa 4 orang dari kampung anda, kita boleh start kelas. You pilih tarikh. Saya boleh datang di tempat anda juga utk buat kelas. Max 20 orang.

Salam pertanian dari saya. Baca blog saya di sini https://myinfoberita.blogspot.com/search/label/DURIAN

BATCH 1
DONE

BATCH 2 (20.10.2019) - in progress

Senarai peserta:
1. Dr Justin
2. Laimeh Yusuf
3. Padrus Rimin
4. Nansus Kurop
5. Pengiran Ukab
6. Nurul Ainn
7. Lajimun Dasir
8. Hanis Sui
9. Khoo Jouse
10. Thomas Linus
11. Rene Jorginho
12.Victor Primus

BATCH 3 (10.11.2019)

Senarai peserta
1.
2.
Mahu Belajar Mencantum Durian? Tidak Perlu Beli Bibit Musang King Lagi, Buat Sendiri Ja! Mahu Belajar Mencantum Durian? Tidak Perlu Beli Bibit Musang King Lagi, Buat Sendiri Ja! Reviewed by Donny Ien on 18:00 Rating: 5

No comments