8 Cara Elakkan Pokok Durian Yang Baru Tanam Mati Ketika Musim Kemarau
Kredit Image: 123RF.com |
Salah satu elemen terpenting yang wajib anda lakukan selepas menanam anak pokok durian adalah memastikan ia cukup belakan AIR untuk terus hidup.
TAPI... masih ramai yang tidak tahu, kebiasaannya mereka hanya pandai tanam ja, lepas tu biarkan hujan yang settlekan!
Please JANGAN amalkan cara ini...(TANAM, TINGGAL DAN TUAI -3T) sebab belum tentu durian akan berbuah 4 tahun seperti yang dijanjikan.
Artikel subuh kali ini saya kongsikan 8 CARA YANG BETUL supaya pokok durian tidak mati selepas ditanam.
1. Siram setiap hari
Pokok durian yang baru tanam belum ada akar tunjang dan bergantung 100% pada air untuk hidup. Jika dibiarkan selepas 3 hari tanpa disiram, pokok akan layu dan mati serta merta.
2. Gunakan net hitam
Sila pagar pokok durian yang baru ditanam dengan net hitam atau daun kelapa untuk mengelakkan matahari yang terlalu panas memancar terus ke pokok.
3. Buat mulching / sungkupan
Tabur daun kering pada keliling pokok untuk elakkan tanah cepat kering, jangan letak batang kayu yang sudah reput, anai-anai boleh menyerang bahagian akar.
4. Guna batang pisang
Ambil batang pisang dan belah dua, letak di pangkal pokok untuk elakkan tanah cepat kering.
5. Botol air meneral
Isi air botol meneral yang besar atau gelan besar, kasi lubang kecil, gantungkan diatas dan biarkan air menitik perlahan-lahan, boleh tahan sampai 3-5 hari.
6. Guna dripping / sistem fertigasi
Biasanya untuk kebun berskala besar, penggunaan sistem fertigasi sudah lama di gunakan untuk memastikan anak pokok sentiasa mendapat air yang cukup.
7. Sprinkler
Penggunaan sprinkler lebih effektif kerana bukan akar sahaja yang disiram tapi keseluruhan pokok dahan dan daun.
8. Cara saya sendiri
Saya lebih suka menanam durian yang sudah bersaiz 4-5 kaki keatas, caranya..lepas beli bibit durian, jangan tanam terus, pindah di pasu atau polybag besar, semai hingga besar, dlm 6-12 bulan gitu...kasi biasa dengan dengan matahari dulu, lagipun akar serabut sudah banyak bah...kau tanam di kebun yang jauh dari rumah pun masih steady berbanding kau tanam yang baru 1 kaki, bye2 gaman la tu bibit...
semoga bermanfaat!
Jangan lupa like fb PSP dan follow fb saya Donny bin ien. TQ.
8 Cara Elakkan Pokok Durian Yang Baru Tanam Mati Ketika Musim Kemarau
Reviewed by Donny Ien
on
05:48
Rating:
No comments