Tak Sangka Biji Getah Boleh Diproses Menjadi Minyak Diesel & Cara Buat Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Asam Rong


Bila bercakap pasal biji getah, tentu teringat kita pada zaman kanak-kanak kan. Tapi yang peliknya, biji getah boleh dimakan.

Biar betul biji getah boleh makan?

Tak da benda lain ke yang nak dimakan?

Sebenarnya biji getah memang boleh dimakan. Tapi cara memakannya bukanlah seperti makan kacang.

Biji getah harus diproses terlebih dahulu

Jom belajar buat resepi rare ni! 

Nama lain bagi sambal biji getah ialah sambal asam rong.

Selain itu, biji getah juga kini boleh dijadikan sebagai minyak diesel. Sumber Wikipedia

Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Rong

Bahan-bahan:

1. Biji getah yang fresh
2. Cili
3. Garam


Biji getah..kutip yang baru gugur je tau. jangan pulak kata telur puyuh😅

Ketuk biji getah tu. buang kulit keras dia.

Bahan-bahan lada dan garam sahaja.

Tumbuk lada dan garam kasi hancur.

Masukkan isi biji getah. tumbuk sampai hancur.

Yang dah ditumbuk hancur.

Kaup isi yang ditumbuk tadi. sapu pada kuali sedikit minyak. rata pada kuali bagi nipis macam lempeng.

Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. kemudian bolehlah di angkat. makan bersama nasi atau diratah begitu saja. 

selamat mencuba!


Kredit: ‎Lily Suryani Mohd Ali‎ 
Tak Sangka Biji Getah Boleh Diproses Menjadi Minyak Diesel & Cara Buat Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Asam Rong Tak Sangka Biji Getah Boleh Diproses Menjadi Minyak Diesel & Cara Buat Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Asam Rong Reviewed by Donny Ien on 21:21 Rating: 5

No comments