Penyebab Anak Benih Durian Mati Selepas Beli / SOP Penjagaan Durian Dalam Polybag Yang Ramai Tidak Tahu

Perasan tak lepas korang beli anak benih durian dari nursery buah-buahan, sampai je rumah pokok tiba-tiba nampak layu dan mati selepas beberapa hari.

Duit dah belanja ratus-ratus malah ribu-ribu untuk beli anak benih tapi masalah lain timbul.

Sebab tu ilmu bertani sangat penting sebelum berjinak-jinak menanam durian. Penjagaan pokok durian sejak bertukar tangan sehinggalah berbuah ibarat menatang bayi yang baru lahir.

Okey, sebelum anda bercadang nak beli pokok durian, jom ketahui beberapa sebab anak benih mati selepas beli supaya tidak mengalami kerugian.

PUNCA ANAK BENIH MATI SELEPAS BELI

1. Pokok penat travel jauh
Anda kena ingat ye, pokok adalah tumbuhan hidup seeprti manusia, jika jalan jauh ia boleh mengalami keletihan. Lagi-lagi bawa dengan kenderaan yang sesak, mungkin dalam perjalanan pokok jatuh banyak kali.

Solusi: Kalau boleh elakkan beli benih dari jauh, contohnya beli benih dari luar negeri menggunakan pos laju, anak benih yang lambat sampai boleh sebabkan pokok mati.

2. Letakkan anak benih dibelakang kereta / terkena angin kuat
Ini pengalaman saya, pernah COD anak benih dari Kota Belud ke Keningau guna Double Cab, tidak ada atap atau net hitam yang sepatutnya menghalang angin meniup daun. Sampai destinasi daun semua gugur dan rosak. Tolong jangan buat begini ya.

Solusi: Lebih baik letak dalam kereta yang tidak terkena angin semasa perjalanan. On je air cond kuat-kuat! Kalau tak, letak belakang kereta yang terbuka (single, double cab) bungkus polybag guna plastik dan ikat, letakkan secara melintang, kalau ada kotak lagi bagus.

3. Polybag terjatuh, tanah pecah, dan akar serabut putus
Kadang-kadang masa angkat polybag kita terlepas dan jatuh menyebabkan anak benih mengalami kecederaan yang serius, dimana tanah menjadi hancur dan akar serabut terputus, ia juga boleh menyebabkan anak pokok durian mati.

Solusi: hati-hati semasa mengangkat anak benih, jangan angkat anak benih dengan memegang daun atau batang pokok, angkat melalaui polybag. Ini boleh menyebabkan akar terputus.

4. Tidak siram dengan air / tanah dalam polybag jadi kering
Kadang-kadang selepas beli anak benih, anda tidak tanam terus kan? mungkin anda letakkan di bawah pokok yang redup atau dibawah sinaran matahari, Tanah dalam polybag sebenarnya cepat kering,

Solusi: anda PERLU SIRAM POKOK SETIAP HARI. Kekurangan air pada anak benih menyebabkan ia akan layu dan mati keesokan harinya. So, jangan lupa siram hari-hari sebelum ditanam ke kebun.

5. Polybag terlalu lembab / air bertakung 
Durian ni tidak sama seperti kelapa, durian tidak sesuai ditanam di kawasan yang lembab atau air yang selalu bertakung kerana ia boleh menyebabkan pereputan pada bahagian akar, sama juga jika polybag terlalu lembab, ia akan menyebabkan anak benih lemas dan mati.

Solusi: Cara elakkan air bertakungatau tanah terlalu lembab, jangan siram berlebihan, tolong jangan guna tanah hitam 100% dalam polybag kerana ia menyebabkan tanah terlalu lembab dan ia tidak sesuai untuk pertumbuhan anak benih. Gunakan tanah kuning 70% (tanah timbun rumah tu) + tanah hitam 30% , sekam padi bakar atau cocopeat (20%)

5. Letakkan Baja subur berlebihan / overdose
Perasan tak, anak benih durian anda mula kering di hujung daun dan merebak hingga ke semua daun, selepas beberapa hari pokok mati. Ia sebenarnya disebabkan oleh baja yang berlebihan.


Solusi: elakkan letak baja yang berlebihan, contohnya guna baja subur (tinja ayam) lihat pic di bawah, cukup 5-6 butir untuk polybag bersaiz 6x9 atau 7x10. Ada kawan tabur sampai 2 gengam, kompmlah anak benih tu mati sebab kepanasan! Lagi satu, tabur baja subur sekali sahaja dalam sebulan.


Cukup 5 point diatas perkongsian saya kali ini, artikel akan datang saya akan kongsikan penyebab anak benih mati selepas ditanam.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi informasi pertanian.

Penyebab Anak Benih Durian Mati Selepas Beli / SOP Penjagaan Durian Dalam Polybag Yang Ramai Tidak Tahu Penyebab Anak Benih Durian Mati Selepas Beli / SOP Penjagaan Durian Dalam Polybag Yang Ramai Tidak Tahu Reviewed by Donny Ien on 07:22 Rating: 5

No comments