Lelaki Berusia 38 Tahun Jana Income RM8 Juta Sebulan Jual Buah-Buahan Tempatan


Orang kata, 'rezeki itu ada dimana-mana, yang penting kita kena berusaha mencarinya, kena fokus dengan kerja sehingga berjaya macam abang ni.

Saya terbaca Harian Metro kelmarin pasal kisah kejayaan lelaki ini yang berjaya menjana jutaan ringgit sebulan hanya menjual buah-buahan.

Apa sebenarnya yang dia jual sampai kaya raya? dimana pasaran beliau? bagaimana dia lakukannya.. pasti lelaki ini bukan biasa-biasa orangnya kan.

Petikan dari Harian Metro semalam (baca artikel penuh di sini)

MEMILIKI kebun seluas kira-kira 80.94 hektar di Jelebu dan Kuala Krau, Pahang membolehkan seorang pengusaha buah-buahan tempatan menjana pendapatan amat lumayan.

Chin Ken Soon, 38, berkata, buah-buahan yang diusahakannya adalah seperti durian, belimbing, tembikai, betik dan manggis yang turut dieksport ke beberapa negara di Asia dan juga Eropah.

“Betik dan belimbing adalah buah paling banyak dijual ke luar negara seperti Arab Saudi, China dan beberapa negara Eropah seperti Poland serta Belanda yang mampu meraih pendapatan sebanyak RM8 juta sebulan.

“Durian premium jenis Musang King, Udang Merah, D24, Tekka serta durian kampung adalah untuk pasaran tempatan yang boleh menjana pendapatan sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta dalam masa sebulan,” katanya ketika ditemui di Gudang Durian N9 miliknya di Jalan Temiang di sini, kelmarin.

Beliau berkata, mengikut permintaan pasaran, jumlah keluaran buah-buahan di kebunnya masih tidak mencukupi kerana perlu mendapatkannya daripada pengusaha lain.

“Setiap kali dieksport ke Arab Saudi, China dan beberapa negara Eropah lain, saya memerlukan sekurang-kurangnya 100 tan atau lapan kontena buah sebulan untuk sesebuah negara.

“Ini kerana apabila tiba September hingga Oktober setiap tahun, permintaan buah-buahan ini amat tinggi di negara Eropah,” katanya.

Siapa sangka jual buah-buahan tidak boleh jadi jutawan? yang penting kita tahu uruskan kebun dan juga tahu dimana pasaran kita.

Betullah orang cakap kan, tidak rugi berbudi pada tanah, asalkan kita rajin berusaha. Ambillah kisah kejayaan dari lelaki ini untuk dijadikan penyuntik semangat kita.

Mulakan langkah pertama anda hari ini, bersihkan tanah yang terbiar, plan apa yang nak ditanam, dan beli benih dari trusted sellers.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi informasi pertanian.
Lelaki Berusia 38 Tahun Jana Income RM8 Juta Sebulan Jual Buah-Buahan Tempatan Lelaki Berusia 38 Tahun Jana Income RM8 Juta Sebulan Jual Buah-Buahan Tempatan Reviewed by Donny Ien on 08:17 Rating: 5

No comments