SOP Pembajaan Pokok Durian Dewasa Supaya Berbuah Lebat Hingga Patah!
Tahukah anda pokok juga perlukan 'makanan' macam manusia, kalau bayi yang baru lahir, kita bagi susu, lepas umur 1 tahun bagi bubur dan bila umur 2 tahun keatas kita berikan nasi dan sebagainya.
Pokok juga perlukan nutrien yang berbeza mengikut umur pokok yang kita tanam supaya ia cepat membesar dengan subur, sihat dan produktif.
Artikel kali ini saya ingin kongsikan jenis-jenis baja yang diperlukan oleh pokok durian yang sudah besar dan mula/telah berbuah. Anggaran pokok 4-5 tahun keatas.
JENIS BAJA DURIAN POKOK DEWASA
1. 12-12-17-2+8S+TE (free chloride lagi bgus)
Ini untuk Fasa 1 sebelum pokok berbuah. Pokok dewasa ya, bukan baru tanam. Dose bergntung pada saiz pokok tersebut.

2. Foliar merah untuk buah
Penulis sarankan guna baja Fastgrow Merah. Foliar amat penting untuk serap pada batang dan bawah daun. Baja NPK pula untuk serap dalam tanah. Jadi, foliar merah ini perlu digunakan setiap fasa untuk pokok yang sudah berbuah.

3. MKP. Brand Oregon nisbah 11/3 (TE)
Boleh beli di kedai kimia atau pertanian kalau ada. Jika tak ada, apa-apa brand pun boleh. Asalkan MKP. Lagi sekali saya sebut. Free chloride lagi bgus!

4. Novatec premium (15-3-20 2MgO+10S+0.02B+0.06Fe+0.01Zn+TE) chloride free.
Ini untuk Fasa 2 pula. Bila kena tabur?, kena tabur bila putik buah durian sebesar saiz bola tennis, bukan bola ping pong tau. Bagi sehingga semua buah luruh. Kekerapan 3 minggu sekali diiulangi sekali dengan foliar merah dan MKP.

5. Organik 5:5:5+TE/8:8:8+TE
Baja ini adalah untuk Fasa Pemulihan. Setelah semua buah luruh. Taburkan 2 atau 3 kampit baja organik sepokok. Tambahan juga, sembur dengan foliar hijau untuk diserap pada daun.

6. YaraMila 15-15-15/16-16-16
Yang terakhir sekali tuan puan, tabur baja ini 2 - 3kg pada pokok untuk 3-4 bulan interval ya. Pemberian dilakukan setelah sebulan pemberian baja organik.

Okeylah, itu serba sedikit info yang saya sebutkan. Dah tahu ni, standby terus beli. Jangan amalkan cara lama iaitu TANAM DAN TINGGAL, 7 tahun belum tentu pokok durian anda akan berbuah.
Artikel ini untuk anda yang ada kebun durian yang dah berbuah. Kalau baru tanam cukup pakai baja pada point no. 5 dan 6 ya. Kekerapan NPK iaitu 2 bulan sekali. Jika guna baja organik, tabur sebulan sekali.
Moga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa klik SHARE ya!

Nak dapatkan banyak lagi tips pertanian, follow Facebook penulis Donny Bin Ien.
Kredit: Mohd Fauzan via Myinfoberita.blogspot.com
SOP Pembajaan Pokok Durian Dewasa Supaya Berbuah Lebat Hingga Patah!
Reviewed by Donny Ien
on
08:36
Rating:
No comments