Alhamdulillah, kita ada ubat untuk rawatan Covid-19 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan Covid-19.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia adaa di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial Covid-19’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.

“Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Faceboook.

Menurutnya, dalam situasi pandemik Covid-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidaak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.

Sumber Harian Metro
Alhamdulillah, kita ada ubat untuk rawatan Covid-19 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Alhamdulillah, kita ada ubat untuk rawatan Covid-19 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Reviewed by Donny Ien on 20:52 Rating: 5

No comments