20 Tanda-tanda Orang Cintakan Kita Sepenuh Hati
Apakah tanda-tanda orang cintakan kita dengan sepenuh hati dan bukannya sengaja dibuat-buat? Sebenarnya, dalam kebanyakan situasi, kita akan dapat mengetahui sama ada seseorang itu betul-betul sayang dann cintakan kita melalui perbuatan dan layanannya terhadap kita.
- Dia akan sentiasa fokus mendengar apa yang kita ingin luahkan atau sampaikan kepada dia.
- Dia suka pandang tepat ke arah mata kita dan tersenyum apabila kita berbual dengannya.
- Dia suka melayan apa juga yang kita lakukan walaupun kita tahu dia bukannya minat pun.
- Dia akan cuba untuk sukakan atau meminati benda atau perkara yang kita suka lakukan.
- Anda akan dapat melihat perubahan sikap dan layanannya terhadap anda dan juga kawan-kawannya dimana dia akan lebih melebihkan anda tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mengabaikan rakannya. Cuma perhatiannya adalah lebih kepada anda.
- Dia akan sentiasa untuk menjadi yang terbaik untuk anda.
- Dia akan cemburu apabila melihat anda rapat dengan lelaki/wanita lain yang tidak dikenalinya.
- Dia akan sentiasa berterus-terang dengan kita tentang apa-apaa perkara.
- Dia akan selalu mencari alasan untuk berjumpa dengan kita walaupun cuma ingin memulangkan semula Pen kita yang digunakannya dulu.
- Dia akan selalu mengajak anda keluar berjalan-jalan jika anda mempunyi masa lapang.
- Dia akan sentiasa bertanya khabar dan sentiasa call/text anda dari semasa ke semasa walaupun kadang-kadang anda tidak sempat untuk membalasnya.
- Dia tahu apa yang kita minat dan suka lakukan walaupun kita tidak pernah memberitahunya akan hal tersebut. Emm, Stalker?
- Kalau kita sakit, dia akan rasa susah hati dan sering bertanya akan keadaan kita seperti dah pergi klinik, dah makan ubat, rehatlah dan sebagainya.
- Dia tidak akan menilai kita dari masa silam kita, tetapi dia akan menilai kita seadanya seperti pada masa sekarang.
- Dia tidak akan memaksa kita untuk memberitahu rahsia kita kepadanya, tetapi dia bersedia untuk menjadi pendengar yang setia jika kita ingin meluahkan apa yang kita rasa atau masalah kita.
- Dia akan melayan kawan-kawan kita dengan baik dan menghormati mereka.
- Dia akan menegur kita dengan baik jika kita ada melakukan sesuatu yang tidak elok pada pandangan matanya.
- Dia suka menghabiskan masa terluangnya dengan kita dan juga mengorbankan masa lapangnya semata-mata untuk kita.
- Dia sentiasa sabar dengan apa jua yang kita lakukan serta apapun gurauan yang kita lakukan terhadapnya.
- Anda akan dapat merasai sendiri bahawa si dia betul-betul sayangkan anda walaupun dia tidak meluahkannya.
Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda orang cintakan kita selain daripada 20 senarai di atas. Jangan lupa, bahawa tidak semua tanda-tanda itu adalah tepaat 100% sebab kadang-kadang ada juga kekasih yang tidak serius dalam perhubungan walaupun dia sering katakan bahawa dia cintakan kita.
20 Tanda-tanda Orang Cintakan Kita Sepenuh Hati
Reviewed by Donny Ien
on
21:35
Rating: 5
No comments