Enam Perkara Penting Dalam Kejayaan Menjadi Seorang PETANI (6M)

Enam Perkara Penting dalam kejayaan menjadi seorang petani iaitu:


1. Marketing @ Pemasaran

Saya dapat banyak aduan dan ketakutan dari mereka yang mahu mula menceburi dalam bidang pertanian. Kata mereka mana nak jual semua sayur bila dah tuai. Jangan rasa rendah diri. Itulah juga sebenarnya soalan saya bila nak taman dulu. Tapi jawapan sifu saya berbeza sikit. " Ko tanam je dulu, nanti dah ada hasil adalah orang beli ". Saya melaluinya sendiri.

Perlulah ramai berkawan. Ambillah nombor kawan-kawan di pasar. Jangan berharap dengan satu pembekal sahaja. Kalau sayur berton-ton keluar jangan nak dijual pada seorang peraih nanti dapat harga murah. Perlu pandai pasarkan juga. Bungkus kecil-kecil jual dengan orang kampung. Kalau jual cili, cuba tanya pemilik kedai makan. ambil database. Bila hasil nak keluar wasap mereka. Pasti habis semua hasil kita di kebun.

2. Management @ Pengurusan

Perkara ini penting. Kita kena faham bagaimana nak mengurus kebun, mengurus pelanggan, dan mengurus hasil. Itu semua adalah pengurusan. Ilmu pengurusan ni adalah bakat dan ianya boleh dilatih.

3. Material @ Tapak

Anda perlu faham dengan betul tentang sumber material seperti baja dan air yang diakan digunakan pada tapak. Air dan baja adalah perkara paling basic dan penting dalam fertigasi. Sehari tak berair beribu pokok kita mati begitu sahaja jika menggunakan sistem fertigasi.

4. Men : Manusia @ Buruh

Mereka adalah tulang belakang kejayaan kita. Bermain dengan pertanian ni tak boleh curi tulang. kena kerja dari jam 7 pagi hingga 7 petang. Perlu ringan tulang dan tahu penjadualan meracun. Perlu dilakukan dengan cepat. Sebenarnya jika seorang pekerja yang cekap boleh menjaga lebih 3 ribu polybeg seorang diri.

5. Machine : Jentera @ Teknologi

Saya bayangkan macam ni sahaja, berapa lama anda nak membajak guna cangkul untuk se ekar tanah? Jika pakai jentera ianya cepat mungkin siap sehari. Maksudnya machine juga penting dalam menentukan kejayaan satu-satu projek.

6. Money @ Modal @ Duit

Perlu ada sedikit modal untuk menjalankan projek pertanian. Saya nasihatkan untuk memulakan projek pertanian ini mengikut kemampuan dari diri anda sendiri.
Kesimpulannya, anda perlu melihat dengan enam faktor diatas sebelum memulakan satu-satu projek pertanian.

Kredit: Fb Coach Bahar
Enam Perkara Penting Dalam Kejayaan Menjadi Seorang PETANI (6M) Enam Perkara Penting Dalam Kejayaan Menjadi Seorang PETANI (6M) Reviewed by Admin on 15:25 Rating: 5

No comments