(Video) Motosikal terbang bakal berada di pasaran menjelang 2023

 


Sebuah syarikat pembuatan alatan futuristik, Jetpack Aviation mendedahkan harapan positif untuk melancarkan motosikal terbang menjelang 2023, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Jetpack Aviation yang berpangkalan di California mengumumkan perkara itu susulan kejayaan sesi pandu uji kenderaan itu baru-baru ini.

Syarikat itu berharap dapat menghasilkan dua versi motosikal itu kegunaan harian.

Digelar sebagai The Speeder, motosikal futuristik ini dibina dengan program perisian kawalan penerbangan unik Jetpack Aviation untuk membantu memantau dan menyesuaikan daya tuju sepanjang pemanduan.

Perisian yang memerlukan masa setahun setengah tahun untuk dihasilkan itu membolehkan motosikal terbang damn secara automatik menstabilkan kenderaan itu di udara..

“Kami mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang untuk dikendalikan.

“Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi kategori profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman.

“Kelajuan versi ultra ringan akan dihadkan hingga 60 kilometer sejam sejajar dengan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan waktu penerbangan selama 15 minit.

Versi motosikal terbang kategori profesional memerlukan lesen juruterbang asas dengan kelajuan 250 kilometer sejam dan waktu penerbangan sekitar 35 minit,” jelas Mayman.

Speeder akan dilengkapi lapan turbin yang membolehkan motosikal seberat 136 kilogram itu membawa pemandu dua kali ganda daripada berat kenderaan.

Jetpack Aviation telah menetapkan harga awal The Speeder pada AS$381,000 (RM1.6 juta) dan telah mula mengambil pesanan awal daripada pembeli berminat. – Agensi


tonton video di bawah

(Video) Motosikal terbang bakal berada di pasaran menjelang 2023 (Video) Motosikal terbang bakal berada di pasaran menjelang 2023 Reviewed by Donny Ien on 19:33 Rating: 5

No comments