Keluar memancing masa PKP kerana tiada duit untuk makanan, dua lelaki ini pilih masuk penjara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ribuan individu dit4han selepas melakukan pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan polis atau tentera.



Terbaru, dua lelaki dari Sungai Siput telah ditangkap ketika sedang memancing ikan dann memilih untuk dimasukkan ke dalam penjara daripada membayar denda.

Lelaki berusia 45 tahun dan 56 tahun itu meraih pendapatan harian RM100 dengan membaiki bumbung namun mereka tiada sumber kewangan semenjak PKP dijalankan lalu menyebabkan kedua-duanya menangkap ikan untuk bekalan makanan.

Menurut laporan, Chen dan Zhong pergi ke kolam di Rimba Panjang sekitar jam pukul 5 petang semalam tetapi berjaya ditangkap oleh pihak polis.


Kedua-duanya berkata di dalam mahkamah bahawa mereka tidaak mempunyai wang dan terpaksa memancing kerana memerlukan makanan untuk mengisi perut yang kelaparan
 
Tujuan mereka memancing adalah untuk simpanan mereka sendiri dan tiada niat untuk menjual kepada orang lain tetapi disebabkan tiada duit, mereka memilih untuk dipenjarakan selama tiga bulan daripada membayar denda sebanyak RM1,000.

Sumber: World of Buzz
Keluar memancing masa PKP kerana tiada duit untuk makanan, dua lelaki ini pilih masuk penjara Keluar memancing masa PKP kerana tiada duit untuk makanan, dua lelaki ini pilih masuk penjara  Reviewed by Donny Ien on 20:00 Rating: 5

No comments