Cara Paling Senang Dan Jimat Tanam Bayam Dalam Baldi Tapi Hasil Lumayan

Hi, nama saya Donny Ien, penulis blog ini. Terima kasih sudi singgah di blog Pertanian Satu Perniagaan. Jangan lupa LIKE page kami untuk dapatkan tips pertanian. Artikel malam ahad ini saya kongsikan cara paling mudah tanam bayam dalam baldi ja!


Bayam adalah sejenis sayuran yang mudah ditanam dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Ada dua jenis bayam yang biasa kita beli di pasar iaitu bayam hijau dan bayam merah.

Antara khasiat bayam ialah mencantikkan kulit, kuruskan badan, lambat nyanyuk dan baik untuk kesihatan mata. Bayam mempunyai zat besi yang tinggi untuk mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, menguatkan antibodi badan, membantu fungsi otak berjalan normal serta banyak lagi khasiat lain.

Artikel kali ini saya kongsikan cara mudah tanam bayam dalam baldi sahaja, memang menjimatkan ruang, masa, wang dan tenaga. Yang tinggal di kawasan yang terhad mari cuba kaedah ini.

Berikut adalah langkah-langkah mudah penanaman bayam menggunakan penapis DIY.


1. Buat lubang pada tapis seperti dalam gambar di bawah


2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman. Saya guna bambu saja. Tandakan di kayu separas dasar tapis.

3. Ketepikan tapis dan tandakan bambu tadi di tepi baldi. (Rujuk gambar diatas)



4. Tebuk yang di tanda guna paku panas. Tujuan lubang utk air overflow. (Rujuk gambar no 2 diatas)

5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yang ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah hingga dasar baldi (gambar no 3)



6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow, saya guna air biasa dulu. lagi bagus yang tiada campuran klorin



7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak. (gambar diatas)



8. Tambah sabut basah atas filterwool dan ratakan (gambar diatas)


9. Taburkan benih bayam keatas sabut. Kalau boleh jangan terlalu padat (gambar diatas)


10. Spray air biasa supaya benih turut basah. (gambar diatas)


11. Tutupkan 2-3 hari guna piring pun ok supaya benih cepat cambah. (gambar diatas)


12. Lepas benih mula bercambah, tukar air dalam baldi dengan air baja AB. (10-15ml ab+2L air)

13. Boleh terus dedahkan pada cahaya jika benih sudah mula tumbuh seperti gambar diatas.

14. Tambah air baja AB jika air berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Sabut tu perlu di spray supaya sentiasa basah.


15. Tadaa! inilah hasilnya, korang boleh la tuai bayam selepas 4-6 minggu.

Senang kan? jom cuba tanam bayam dalam baldi lepas ni. Tak perlu lagi beli sayur bayam lepas ni.

Selamat mencuba!

Kredit: Euzie Byna
Cara Paling Senang Dan Jimat Tanam Bayam Dalam Baldi Tapi Hasil Lumayan Cara Paling Senang Dan Jimat Tanam Bayam Dalam Baldi Tapi Hasil Lumayan Reviewed by Donny Ien on 21:48 Rating: 5

No comments